Alin Xiaojie

Broadcast Journalist

Videographer

Web Designer

Blogger

Freelancer

Alin Marketing Millionaire

Kaki Seminar

0

No products in the cart.

Alin Xiaojie

Broadcast Journalist

Videographer

Web Designer

Blogger

Freelancer

Alin Marketing Millionaire

Kaki Seminar

Wakaf Buku & Kitab Agama

PROGRAM WAKAF BUKU

Bagi projek Wakaf Buku 2022, jumlah wakaf yang diperlukan adalah sebanyak RM14,300 dan ada 4 pihak yang memerlukan sumbangan wakaf buku.

Ada tempat dan individu perseorangan yang terjejas disebabkan banjir besar Disember 2021 dan ada yang memerlukan sumbangan wakaf untuk kegunaan semasa.

Untuk makluman, projek Wakaf Buku digerakkan bersama-sama dengan projek wakaf Al-Quran anjuran pihak PTS Bookcafe Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab melaksanakan projek wakaf ini dan menguruskan penghantaran secara percuma kepada penerima wakaf yang berdaftar.

Nilai minimum adalah RM5 untuk memudahkan proses pengurusan.

Sekiranya mahu membuat sumbangan wakaf sebanyak RM20, hanya perlu gandakan kuantiti wakaf buku kepada 4 unit = RM20. Sekiranya sumbangan wakaf sebanyak RM100, hanya perlu gandakan kuantiti wakaf buku kepada 20 unit = RM100. Begitulah seterusnya.

Semoga setiap helaian buku wakaf yang dibaca menjadi pahala yang terus mengalir buat semua para pewakaf.

Aamiinnn...

Tempat : Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
Nilai Buku Wakaf : RM 6,225.10

Penghantaran Wakaf Buku: Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah (Hardcover) sebanyak 80 naskah kepada Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR)

Update terkini Projek Wakaf Buku 2022
~ Setakat 30 April 2022 ~

Laporan Projek Wakaf Buku 2014 – 2021.
Ini adalah jumlah wakaf yang terkumpul dan sudah dihantar kepada penerima wakaf sepanjang 8 tahun projek wakaf ini dilaksanakan.

PROJEK WAKAF BUKU
& KITAB AGAMA 2022 (Tahun ke-9)

* Dikemas kini pada: 30 Disember 2021.
* Anggaran jumlah wakaf yang diperlukan dibuat mengikut jumlah buku, kategori, harga pasaran atau permintaan tajuk spesifik, bergantung kepada keperluan penerima wakaf yang memerlukan.

BERAPAKAH JUMLAH NAMA YANG BOLEH DINIATKAN?
✔️ Boleh niatkan satu nama dan boleh juga niatkan banyak nama. Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah.
✔️ Wakaf ini tiada paksaan. Atas ikhlas dan kemampuan diri sendiri. Dan pahala wakaf itu akan berbalik kepada diri sendiri juga.
✔️ Bergantung kepada pewakaf sendiri. 😍

NOTA PENTING‼️
AKAD WAKAF BUKU & KITAB AGAMA

Mohon niatkan sekali akad Wakaf seperti di bawah :

“Saya niatkan dan wakafkan jumlah sumbangan sebanyak (sebut jumlah sumbangan) bagi pembelian Buku & Kitab Agama untuk diwakafkan bagi kegunaan muslimin dan muslimat kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi pihak (sebut penama wakaf samaada anda sendiri atau pewakaf yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia). Semoga ada pahala sentiasa mengalir. Aamiin Ya Allah.”

Niat ini hadirnya di dalam hati. Anda boleh tulis dan senaraikan nama-nama yang mahu diniatkan. Kemudian lafazkan. InsyaAllah Allah Maha Mengetahui akan niat anda.
✔️ Untuk Diri Sendiri
✔️ Untuk Keluarga
✔️ Untuk Arwah
✔️ Untuk Ummah
✔️ Untuk Yang Tersayang

Semoga Allah terima niat dan wakaf ini, serta murahkan rezeki pewakaf seperti air sungai mengalir. 

Aamiin

Salam Ikhlas, 

Alin Xiaojie
Wakil Kempen Wakaf Quran
(No ID: 127685)
Bersama
PTS BOOKCAFE SDN BHD
TABUNG WAKAF QURAN TAHUN KE-9

Want Copy Ar ???