Alin Xiaojie

Broadcast Journalist

Videographer

Web Designer

Blogger

Freelancer

Kaki Seminar

Alin Marketing Millionaire

0

No products in the cart.

Alin Xiaojie

Broadcast Journalist

Videographer

Web Designer

Blogger

Freelancer

Kaki Seminar

Alin Marketing Millionaire

Wakaf Al-Quran

LAPORAN TERKINI PROJEK WAKAF AL-QURAN

Update terkini jumlah wakaf dan gambar penghantaran. Penghantaran wakaf Al-Quran ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd dan hanya akan dihantar kepada penerima yang berdaftar sahaja.

Semoga setiap helaian Al-Quran yang dibaca menjadi sumber pahala yang berterusan kepada pewakaf.

Aaminn...

Penghantaran Wakaf Al-Quran sebanyak 200 naskah kepada Teratak Al-Sa'adiah, Sekinchan.
Penyerahan 30 naskah Wakaf Al-Quran dan RM500 Wakaf Buku kepada kepada Hidayah Centre Foundation.
Penghantaran Wakaf Al-Quran sebanyak 200 naskah kepada Pertubuhan Inspirasi Wanita Solehah Tarim (PIWST).

Update terkini Wakaf Al-Quran 
~ Jumaat 5 Ogos 2022 ~
Alhamdulillah.
Sebanyak 13,109 Al-Quran sudah diserahkan kepada 48 penerima wakaf. Sebanyak 27,110 naskah Al-Quran disumbangkan oleh para pewakaf yang dirahmati Allah.

Laporan penghantaran wakaf Al-Quran pada bulan Julai 2022.
Sebanyak 190 naskah wakaf Al-Quran sudah dibuat penghantaran kepada 3 tempat penerima wakaf.

Laporan Projek Wakaf Al-Quran 2014 – 2021.
Ini adalah jumlah wakaf yang terkumpul dan sudah dihantar kepada penerima wakaf sepanjang 8 tahun projek wakaf ini dilaksanakan.

PROJEK WAKAF AL-QURAN 2022
(Tahun ke-9)

Dikemas kini pada: 4 Ogos 2022.

Bagi projek Wakaf Al-Quran 2022, kuantiti wakaf yang diperlukan adalah sebanyak 27,110 dan ada 51 pihak yang memerlukan sumbangan wakaf.

Baki wakaf yang masih diperlukan adalah sebanyak 315 naskhah Al-Quran.

Ada tempat dan individu perseorangan yang terjejas disebabkan banjir besar Disember 2021, Mac 2022 dan ada yang memerlukan sumbangan wakaf untuk kegunaan semasa.

Pihak Bookcafe bertanggungjawab untuk menguruskan penghantaran secara percuma mengikut keperluan tempat dan kepada penerima wakaf yang berdaftar.

NOTA PENTING : AKAD WAKAF QURAN

Mohon niatkan sekali akad Wakaf Quran seperti di bawah :

“Saya beli dan wakafkan (sebut jumlah kuantiti) naskah Al-Quran ini untuk kegunaan muslimin dan muslimat kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala bagi pihak (sebut penama wakaf) ini.”

Semoga Allah terima niat dan wakaf ini, serta murahkan rezeki pewakaf seperti air sungai mengalir. 

Aamiin

Salam Ikhlas, 

Alin Xiaojie
Wakil Kempen Wakaf Quran
(No ID: 127685)
Bersama
PTS BOOKCAFE SDN BHD
TABUNG WAKAF QURAN TAHUN KE-9

Want Copy Ar ???