Terkaya Tanpa Sengaja

ilmu,-rezeki,-amalan

‘TEKNIK’ SEDEKAH TERKAYA TANPA SENGAJA

Mungkin orang ingat SEDEKAH hanya bila kita bagi duit pada seseorang, sedangkan sedekah ni sebenarnya luas. Sedekah bagi duit pada orang lain tu umum. Semua orang tahu.

Sedekah yang cara ini pun orang tahu, tapi beberapa orang sahaja yang amalkan ‘TEKNIK’ ini yang namanya terkaya tanpa sengaja.

Contoh : Katakanlah pagi ini sarapan nak makan karipap di kedai makcik depan rumah. Masa beli tu niatlah dalam hati :

❝ Ya Allah, aku beli karipap ni kerana ingin berkongsi rezeki dengan makcik ni. Aku nak bantu perniagaannya..❞

..Dan sedekahkanlah doa..

❝Ya Allah, kasihanlah makcik ni, berikanlah 

dia rezeki yang lebih hari ini. Habiskan dan lariskan jualan dia hari ini Ya Allah.. Angkatlah doa-doanya, pandanglah usahanya, majukanlah perniagaannya Ya Allah..❞

Simplekan? Bukan time beli makanan sahaja. Jika ternampak ada anak kecil menangis di shopping mall pun kita boleh sedekah doa.

❝Ya Allah, permudahkan urusan orang ini hari ini. Jadikan anak itu, anak yang baik yang soleh dan solehah yang elok tingkah lakunya Ya Allah..❞

[ ❝ Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, ..dan bagimu juga kebaikan yang sama..❞ ]

SEDEKAH tu indah dan konsepnya LUAS. Kita akan rasa bahagia bila kita mendoakan untuk orang lain. Itulah KEKAYAAN JIWA. KAYA yang sebenar-benarnya.


Sumber :
Inilah Doaku
TipsRezekiDuniaAkhirat

 

Main Menu

%d bloggers like this: