Rezeki Dari Allah

3.1.2020 ditetapkan islam

Hari ni ramai yang mengaku hendak memperjuangkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Nak martabatkan Islam, tapi akhlaknya bukan sahaja tidak seperti Nabi Muhammad S.A.W ajar, bahkan di mulut penuh dengan cacian kafir mengkafir.

Teringat kisah mengenai peristiwa di taif ketika Nabi Muhammad S.A.W dihalau dilempar batu. Ada malaikat yang tawarkan diri untuk angkat bukit dan hempap golongan yang hina Rasulullah S.A.W. Tapi, apa kata Nabi?

“Jangan, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Jauh sekali akhlak kita dengan akhlak Baginda S.A.W. Kalau kita tidak boleh ikut 10/10 akhlak Rasullullah S.A.W, ikut separuh pun tidak mengapa, agar tidak timbul fitnah terhadap Islam.

Teringat lagi satu kisah, suatu hari Rasulullah S.A.W didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu Baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah S.A.W seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah S.A.W akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W terus makan dengan senyuman, sehinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah S.A.W menjelaskan,

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah S.A.W. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, walaupun dari orang bukan Islam.

Apa jadi dengan wanita kafir itu?

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa?

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah S.A.W.

Belajar Sesuatu?

  1. Sama-sama kita perbaiki akhlak kita selaras dengan apa yang kita perjuangkan. Pada zaman Rasulullah S.A.W, ramai yang masuk Islam disebabkan akhlak Baginda.
  2. Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka, kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Sumber :
Inilah Doaku
Mohd Afiq Al Barlisi
TipsRezekiDuniaAkhirat

Main Menu

%d bloggers like this: