1-1000-dinar

Tahun Baru Azam Pun Baru.

Ramai berazam nak jadi kaya tahun baru ni kan? Nak tak Alin share dari apa yang Alin baca dan belajar, istilah kaya yang betul. Kaya bukannya kita kena fikir hendak simpan duit banyak-banyak. Tapi sebenarnya kita kena sedekah banyak-banyak. Cuba tengok formula bawah ni :

Kalau kita kumpul RM500 satu bulan, satu tahun RM6000, kan?
Ada penambahan tak dari duit yang kita kumpul?
Sudah terang memang takde kan…

Sekarang kita tengok pula matematik sedekah, dimana sedekah 1, Allah balas 10.

Contoh :
Sedekah RM500 setiap bulan.
RM500 x 12 bulan x 10 ganjaran sedekah.
Total RM60,000.

Mana lagi best?
Sedekah ke Simpan?
Mana lagi cepat kaya?
Sedekah ke simpan?
😍

Itu kalau kita kira ganjaran 10. Tapi Allah bukan sahaja boleh beri sehingga 700 kali ganda, bahkan infiniti. Allah kan Maha Kaya.

Tidak mengapa jika kita baru mula nak kejar kejayaan.

Tidak mengapa jika orang lain sudah lama menjadi jutawan, kita baru hendak merangkak jadi jutawan. Orang Islam disuruh berusaha. Bukan meminta. Tidak perlu rasa malu. Mereka dulu juga bermula dari bawah. Bermula dari zero. Orang yang berjaya juga suka melihat kejayaan orang lain. Doakan kejayaan sesama. Bukan perlekehkan.

Apa yang penting bukanlah permulaan tapi pengakhiran. Yang penting di akhir nanti kita tetap dengan kejayaan. Walaupun umur nak cecah 80 tahun baru menjadi jutawan. Semuanya akan berlaku dengan izin Allah.

Bagi mereka yang telah lama bergelar jutawan, Alhamdulillah dan tahniah. Bangga melihat orang Islam ramai bantu ekonomi ummah. Teruskan menambah nilai ummah dengan harta dan jiwa. Jangan give up. Kita bangkit bersama menuju generasi ummah yang kaya harta dan jiwa, serta suka bantu ramai orang.

Belajar Sesuatu?
Sedekah boleh menjemput rezeki.
Ada masa Inn Shaa Allah Alin share lagi ya.

Video yang Alin attach ini adalah ayat 1000 dinar. Amalkan paling kurang 3 kali selepas solat ya. Inn Shaa Allah jika diamalkan suatu hari anda semua akan merasai sesuatu.

Kenapa ayat ini dinamakan dengan ayat seribu dinar?

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak seribu dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak seribu dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus-menerus membaca ayat yang telah ‎diajarkan oleh Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila angin telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri. Dia masih lagi mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allah lah tempat penentu kesudahan.

Semoga bermanfaat.

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Sumber :
Faoziyah Ahmad Faru
TipsRezekiDuniaAkhirat

Main Menu

%d bloggers like this: