8 Tips Menjemput Rezeki

5.1.2021-doa-nabi-yunus

As Salam Semua,
Hari ini Alin nak share Cara Keluar Dari Kesempitan Hidup. Anda semua sudah amalkan zikir Nabi Yunus? Tak tahu yang mana? Ayat yang Nabi Yunus amalkan sepanjang berada dalam perut ikan paus tu. Ingat? Takpe-takpe, baca dulu tips dibawah ini, kemudian baru Alin share mengenai doa Nabi Yunus ye.

📌 Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali

📌 Buat solat Dhuha bukan kerana untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.

📌 Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari, contoh :
bagi binatang makan seperti bagi kucing makan, masuk duit dalam tabung masjid atau sedekah ke rumah anak yatim / tahfiz

📌 Jangan kedekut belanja orang makan.

📌 Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.

📌 Rajin berdoa untuk kejayaan orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.

📌 Setiap malam lakukan solat hajat, mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

📌 Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :

❝ LAILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHALIMIN ❞

Bacalah zikir ini selama 10 minit setiap hari, Inn Shaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, Inn Shaa Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir.

❝ Sesiapa yang susah hati, terkena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ini setiap masa. Memang
miracle. ❞

Ingat tak kisah Nabi Yunus berjaya keluar dari perut ikan paus setelah baca ayat ini. Bukan satu hari Nabi Yunus baca ayat ini dalam perut ikan paus tau.

➡️ Cuba teka berapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus ni?
➡️ Cuba teka, Nabi Yunus tu saje-saje ke nak masuk dalam perut ikan paus tu?
➡️ Cuba teka, ikan paus tu memang standby nak telan Nabi Yunus je ke? Nabi lain takmau? Nabi lain tak sedap lemak berkrim disukai ramai? ish ish ish…

Sepanjang Nabi Yunus berada di dalam ikan paus tu, barulah dia sedar bahawa apa yang dia alami itu adalah kesan dari kesalahan dirinya sendiri yang melarikan diri dari tugas dakwah yang Allah amanahkan kepadanya. Jadi boleh nampaklah kan, kita manusia insan biasa ni pun perlu sedia maklum bahawa antara salah satu faktor kita ditimpa kesusahan dan kesulitan adalah kerana dosa-dosa hasil dari kesalahan yang pernah kita lakukan sendiri. Allah menyatakan hakikat ini :

❝ Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. ❞

[al-Shura 42:30]

Doa ini juga afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik sahaja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohonlah doa daripada Allah SWT. InsyaAllah, makbul. Kan Allah tu maha mendengar lagi Maha Mengasihani 😍

Jom amalkan.

Share jika ia bermanfaat.

Sumber :
Inilah Doaku
TipsRezekiDuniaAkhirat

Main Menu

%d bloggers like this: