3 Amalan Simple Jutawan

3-Amalan-Simple-Jutawan

As Salam Semua,
Semalam Alin ada cerita tentang tahun baru tahun ini ramai berazam untuk jadi kaya kan. Dan Alin ada cerita istilah kaya yang sebenar adalah kita kena sedekah dan kemudiannya kita mampu bersedekah sebanyak-banyaknya. Adakah anda sudah mula sedekah hari ini? 😃

Malam ni Alin nak share tips dari Pakcik Direct Selling. Kisah ni diceritakan semula dari peristiwa di suatu pagi yang indah… begini flashbacknya…

Hari ni sarapan di mamak. Terlihat Pakcik Direct Selling bawa buku, cd agama dan Al Quran terjemahan. Dia angkat macam tu je semua tu. Xde troli ke atau apa-apa. Dia datang di meja kami. Memula kami tolak. Kemudian sahabat kata,

” Boleh tak panggil pakcik tu balik? Akak nak beli cd. “

Kemudian lepas dia pergi meja lain, kami panggil dia semula. Saya ambil buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2. Belum ada lagi dalam stok mini library. Azam 2018 khatam minima 1 buku 1 bulan. 🤣 Sahabat ambik cd surah dengar dalam kereta. Apa yang menarik, ada sharing ringkas pakcik tu yang saya terkesan,

” Buka mukasurat 124. “

” Dalam tu ada tentang, ‘Menjemput Sejuta Dengan Sedekah.’ “

Jadi pakcik tu berkongsi,

“3 Amalan simple yang boleh kita jaga – Sedekah, Dhuha, Tahajud. Kalau kita sedekah 10 sen, Allah selamatkan kita daripada accident.”

” Bayangkan kalau dengan accident, boleh jadi memacam – cacat, luka kecil atau besar. “

” Boleh ke kita jimat 10 sen kalau ada luka kecil, besar atau cacat? Tak kan? Jadi bayangkan bila kita sedekah 10 sen, Allah balas dengan selamatkan kita daripada bala. “

Masa tu ada kucing. Dia pun tambah.

” Kalau kita nak belajar ikhlas sedekah pada kucing. Kalau kita sedekah pada manusia mungkin kita dapat pujian. Tapi kalau kita sedekah pada kucing, dia takkan puji kita. “

Masa tu kami dah belikan ikan tenggiri khas untuk kucing tu. Jadi tu yang dia sambung,

” Kalau ada kucing datang pada anda jangan dihalau. Barangkali itulah perantara Allah untuk anda dapat rezeki lebih besar. “

” Rezeki pula memacam. Tak semestinya Allah balas dengan duit. Ini termasuk dengan tetiba rasa semangat, positif sepanjang hari. Banyak kerja siap. Pekerja perform dan improve. Kita sebagai bos pun senang hati ada staff perform. “

Begitu lah flashback mengenai Pakcik Direct Selling ni.

Betul tu anda sekalian, macam Alin sepanjang kelas sejak bulan September lalu, Alin selalu share nota Alin kepada rakan yang tertinggal kelas, yang termasuk kelas lambat, yang tak berapa faham. Asbab Alin suka sharing is caring ilmu, asbab Alin bantu share nota Alin, menyebabkan Alin selalu dilimpahi rezeki ilmu juga. Rakan-rakan nak masuk kelas kena bayar, tapi Alin memanjang je dapat masuk kelas free tanpa bayar. Syukur Alhamdulillah. Itu namanya rezeki yang Alin perolehi apabila Alin memudahkan urusan rakan lain dengan menyedekahkan nota sepanjang sesi pembelajaran.

Best ke best sangat?

Anda bagaimana?

Dapat sesuatu daripada post ni? Komen Alhamdulillah 😄

Semoga bermanfaat.

Sumber :
Insyirah Azhar
TipsRezekiDuniaAkhirat

Main Menu

%d bloggers like this: